Jumat, 26 Juli 2013

Ibnu Sahnun

Bismillahirrohmaanirrohim



Manuskrip kitab Adab Al-Mu'allimun karya Ibnu Sahnun

Ibnu Sahnun ialah seorang ulama’ ahli fiqh dan pendidik yang ahli. Dia dilahirkan pada 202 H. Nama penuhnya ialah Muhammad bin Sahnun. Sejak kecil, Ibn Sahnun sudah menunjukan kecerdasannya dalam belajar.

Ayahnya, Abi Said Sahnun, merupakan guru pertamanya dan sangat memahami watak dan keperibadian Ibn Sahnun. Dia belajar al-Quran dengannya dan berbahas dengan ayahnya. Dalam usia muda beliau telah menelaah beberapa buku karangan ayahnya.  Perhatian ayahnya terlihat dari yang ditulis beliau kepada gurunya ketika ingin menghantar Ibn Sahnun ke Kuttab (sekolah al-Quran). Ayahnya benar-benar mempersiapkan Ibn Sahnun secara intelektual dan akademik. Selain itu keadaan sosial di kawasan-kawasan Qairawan pada saat Ibn Sahnun lahir, sangat menunjang pengembaraan intelektualnya.

Abad ke-2 H, wilayah Afrika utara sangat terkenal di seluruh dunia akan kemajuan ilmu pengetahuannya. Hal tersebut disebabkan oleh banyaknya ilmuwan dari wilayah timur yang berhijrah ke barat, iaitu Maghribi, Qairawan, Andalusia, dan lain-lain.

Buku-buku pengetahuan banyak ditulis dan diterbitkan, universiti memainkan peranan utamanya dalam pencarian ilmu pengetahuan, institut/sekolah teknik dan vokasional banyak didirikan yang mengajar perubatan, matematik, kimia, bahasa, seni rupa, astronomi dan terjemahan.

Ramai ulama’ menyanjungi Ibnu Sahnun. Dia dikenali dengan sifat zuhud, warak rendah hati disamping menguasai ilmu fiqh dan agama. Ibnu Sahnun juga tidak melupakan bidang penulisan dalam berbagai ilmu, dia seorang yang banyak menulis dan mengarang dalam semua bidang ilmu yang kesemuanya hampir mencecah 200 buah buku. Walau bagaimanapun hanya dua buah buku karya Ibnu sahnun yang sampai ke tangan kita pada hari ini, iaitu kitab Adab Al-Muallimin dan kitab Ajwibah.
Adab al-Mu’allimin Karya Terkenal Ibnu Sahnun

Karya Ibnu Sahnun Adab Al-Muallimin adalah buku pertama yang dikenal dalam pendidikan Islam dan banyak dikutip oleh para tokoh pendidikan Islam sesudahnya seperti Al-Qabisi dan dijadikan rujukan utama oleh Ahmad Fu’ad Al Ahwani dalam bukunya.

Pemikiran-pemikiran Ibnu Sahnun dalam kitab tersebut telah menjelaskan berlangsungnya pendidikan Islam di ‘al-Kuttab’ mirip dengan Madrasah Ibtidaiyah (rendah) saat ini, berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Adanya pemahaman di tengah masyarakat, bahawa pendidikan Islam adalah pendidikan yang hanya mementingkan kepada akhirat semata-mata tanpa mementingkan dunia sama sekali. Sebagai renungan penulis buku ini menyatakan mengenai perbincangan pendidikan Islam dan tokoh-tokohnya yang telah lama terabai, apalagi ketika barat mencengkamkan kakinya di negeri-negeri Islam.

Hasilnya idea-idea pendidikan barat lebih dominan dan berperanan menggantikan pendidikan Islam, yang terkadang tidak ada hubungannya dengan ajaran-ajaran Islam bahkan bercanggah sama sekali. Ibnu Sahnun telah berjaya melahirkan gagasan-gagasan besar dalam bidang Pendidikan Islam yang masih releven sehingga hari ini.

Pemikiran Ibnu Sahnun tetang pendidikan Islam terhimpun dalam buku pertamanya iaitu kitab Adab al-Mu’allimin (Adab Para Pendidik) yang telah direalisasikan dan dilaksanakannya di al-Kuttab. Ianya bertujuan untuk  melahirkan lulusan al-Kuttab yang memahami dan mendalami agama di samping memiliki wawasan yang luas dan menguasai ilmu-ilmu keduniaan dan kemahiran. Pemikirannya lebih cenderung kepada al-Tarbiyyah al-Fiqhiyyah (pendidikan yang bercorak fiqh) dengan maksud memberikan penekanan kepada ilmu-ilmu agama.

Ibnu Sahnun telah memberikan perhatian terhadap pendidikan yang berlangsung di Kuttab dengan memberikan beberapa penekanan terhadap unsur-unsur penting dalam dunia persekolahan seperti disiplin anak didik, pengendalian bilik darjah, peranan ketua darjah dan kaedah pengajaran. Sistem pendidikan dalam bentuk sekolah telah wujud di zamannya dan bertebaran di seluruh negeri Maghribi.
Pandangan Pendidikan, Pengajaran dan Pembelajaran oleh Ibnu Sahnun

Sumbangan Ibn Sahnun bagi pendidikan sangatlah banyak terutama dalam hal metodologi pengetahuan dan penyelidikan. Dia merupakan ilmuwan muslim pertama yang merangka teori pendidikan. Berkat bukunya yang berjudul Adab al-Mu’allimun (Adab Seorang Pendidik), maka sejak saat itu pendidikan menjadi disiplin ilmu tersendiri kerana buku tersebut merupakan buku pertama yang membahas secara khusus mengenai teori pengajaran dan pembelajaran. Ibn Sahnun mampu mengintegrasikan isu pendidikan yang berbeza-beza yang berkaitan dengan ibu bapa, ahli akademik, komuniti, pemimpin dan para pendidik yang peduli pada masanya.

Ibnu Sahnun menaruh perhatian mendalam terhadap peranan guru dalam pendidikan. Dia tidak menafikan peranan elemen pendidikan yang lain, tetapi baginya, guru merupakan elemen terpenting yang harus diprioritikan kerana guru merupakan wakil orang tua. Guru harus mencurahkan segenap perhatiannya kepada murid dan harus terlibat secara penuh walau tetap harus memperhatikan batas-batasnya agar murid tidak merasa dikawal secara ketat oleh guru. Oleh kerana itu kesejahteraan guru harus sangat diperhatikan sehingga mereka tidak perlu mencari pekerjaan sampingan untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Dia membuat kelayakan yang harus dipenuhi seseorang apabila ingin menjadi profesion seorang guru seperti kelayakan akademik, hafal al-Quran dan mampu membacanya dengan baik, mempunyai pemahaman tentang fiqh Islam, tatabahasa arab, kaligrafi dan lain-lain. Selain itu seorang guru harus mempunyai perilaku Islami, jujur, soleh, bertanggung jawab terhadap anak didiknya bukan hanya di dunia, tetapi juga di akhirat nanti. Seorang guru harus mempelajari psikologi anak murid dan melayan setiap anak dengan istimewa dan tidak melakukan kekerasan terhadap anak murid secara fizikal ataupun mental dengan kata-kata kasar dan kejam. Ibn Sahnun berpendapat pelaksanaan disiplin bagi pelajar tidak bermula dengan hukuman fizikal. Walaupun demikian dia tidak mengharamkan penggunaannya tetapi menetapkan saiz dan kesan dari alat yang dibenarkan untuk digunakan dalam hukuman fizikal serta frekuensinya.

Dalam hal pengurusan kelas, Ibn Sahnun memberi kebebasan bagi guru agar tidak terpaku dengan aktiviti di dalam kelas. Guru mengajak anak didiknya beraktiviti di luar kelas, berinteraksi dengan persekitaran dan alam sekitar serta memantau perilaku mereka di tengah masyarakat. Guru harus mempersiapkan bahan-bahan pengajaran dan peralatan penunjang kegiatan belajar mengajar sebelum memulakan pelajarannya. Menurutnya, seorang guru tidak boleh memerintahkan murid membawakan bahan-bahan yang dia lupa persiapkan ke dalam kelas. Menurut Ibnu Sahnun, penunjuk kejayaan seorang guru boleh dengan mudah dilihat dari tingkat pemahaman seorang pelajar terhadap mata pelajaran.

Ibn Sahnun memberi pandangannya mengenai kurikulum belajar anak. Dia menggabungkan pelajaran al-Quran dengan amalan langsung dari teks yang telah dipelajari. Guru harus menunjukan kepada anak bagaimana mempersiapkan diri ketika solat waktu terutama ketika mereka telah mencapai usia tujuh tahun, seperti membersihkan diri sendiri, berwudhu dan bagaimana solat dengan khusyuk. Pengajaran solat waktu semestinya dapat membantu pelajar memahami ibadah wajib dan sunnah dan mampu beribadah dengan penuh pengabdian kepada Allah Subhanahu wa Taala.

Al-Quran merupakan pengetahuan yang wajib dipelajari bagi setiap pelajar. Dalam pengajaran al-Quran hendaknya diajarkan akar kata serta asal katanya sehingga dapat memberikan gambaran secara menyeluruh kepada pelajar dan bukan pemahanan separa. Guru harus mengajar pengetahuan tambahan di antaranya matematik, puisi, bahasa arab, pidato dan sejarah. Ibn Sahnun membuka pintu seluas-luasnya bagi guru dan orang tua untuk mengajarkan apa saja kepada anak sepanjang hal tersebut dapat membantu perkembangan mental, sosial dan pendidikannya.

Selain itu, salah satu kemahiran penting yang lain yang dicadangkan oleh Ibn Sahnun untuk dipelajari adalah seni berpidato sehingga pelajar mampu melakukan debat dan menunjukan pandangan berbeza dan mendedahkan ideanya melalui bukti dan contoh yang ada. Hal tersebut disahkan oleh Ibn khaldun. Menurutnya, terjadinya penurunan kemampuan sains dan akademik di kawasan-kawasan Ifriqiah (dan wilayah Afrika yang lain), Maghribi dan (Sepanyol) kerana guru tidak mengajarkan seni berpidato sehingga pelajar hanya mampu menghafal dan mengulangi apa yang mereka tahu.
Aku Tidak Merasakannya

Dalam kitab Tartibul Madarik disebutkan, al-Maliki mengatakan:
Muhammad ibnu Sahnun pernah memiliki hamba sahaya wanita yang bernama Ummu Quddam. Suatu saat, ia berada di rumah Ibnu Sahnun seharian, sedang dia saat itu sedang sibuk mengarang kitab sampai malam. 
Ketika waktu makan datang, Ummu Quddam meminta agar Ibnu Sahnun istirehat untuk makan. Namun, Ibnu Sahnun menjawab, “Aku masih sibuk.”Akhirnya, kerana tidak kunjung memakan makanan yang dihidangkannya, Ummu Quddam pun menyuapinya dan dia terus mengarang kitab. Dan tidak terasa, azan solat Subuh pun berkumandang. Ibnu Sahnun berkata, “Semalam aku telah mengabaikanmu, Ummu Quddam. Sekarang, berikan apa yang ada padamu.” Ummu Quddam menjawab, “Demi Allah, aku sudah menyuapimu.” Ibnu Sahnun menjawab, “Tapi, kenapa aku tidak merasakannya?”
Kematiannya


Ibnu Sahnun meninggal dunia pada 261 H/875 M.

http://tajdidjiwa.blogspot.com/

Lencana Facebook

Bagaimana Pendapat Anda Tentang Blog ini?

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

MOTTO

Kami tidak malu menerima saran & kritik anda...