Sabtu, 26 Mei 2012

BISMILLAH....

IMAM IBNU AL-JAZARI


Penghulu Qura’  (751H – 833H) 
Nama asli al-Imam Ibnu al-Jazari ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin `Ali bin Yusuf al-Jazari al-Dimasyqi. Beliau digelari sebagai Abu al-Khair. Beliau dilahirkan pada malam Sabtu 25 Ramadhan 751 Hijriah di Damaskus, Syam (Siria). Di Damaskus inilah beliau dibesarkan dan menjadi tempat beliau tamat menghafal al-Quran ketika beliau masih berusia 14 tahun. Ketika beliau telah besar, beliau lebih cenderung untuk mendalami ilmu al-Qira’at dari masyayikh-masyayikh yang ada ketika itu.
Guru-guru Beliau
Di antara ulama-ulama Damaskus yang menjadi tempat beliau bertalaqqi ialah Abu Muhammad Abdul Wahhab bin as-Salar, Syeikh Ahmad bin Ibrahim at-Thohhan, Syeikh Abu al-Ma`ali Muhammad bin Ahmad al-Labani dan al-Qodhi Abu Yusuf Ahmad bin al-Husain al-Kifri al-Hanafi. Manakala guru-guru beliau dari Mesir ialah Abu Bakr Abdullah bin al-Jundi, Abu Abdillah Muhammad bin as-Sho`igh, Abu Muhammad Abdul Rahman bin al-Baghdadi dan Syeikh Abdul Wahhab al-Qorwi.Ketika beliau safar ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan menuju ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah s.a.w, beliau telah bertalaqqi al-Quran dengan Imam Masjid al-Nabawi ketika itu yaitu Muhammad bin Soleh. Beliau juga telah mentalaqqi al-Quran daripada hampir semua imam-imam qira’at dari Syam, Mesir, Hijaz baik secara ifrad (privat) dan jama` (kelompok) dengan pedoman kitab-kitab qira’at yang muktabar (terkenal) seperti as-Syatibiah, at-Taisir, al-Kafi, al-`Unwan, al-I`lan, al-Mustanir, at-Tazkirah, at-Tajrid dan lain-lain kitab qira’at yang masyhur pada ketika itu yang menjadi rujukan utama umat Islam dalam bidang ini.Beliau juga mengadakan majelis pengajian qira’at selama beberapa tahun di Jami` Umawi, Damaskus dengan sambutan yang cukup baik dari murid-murid beliau pada masa itu. Ada dikalangan mereka yang bertalaqqi dari beliau berdasarkan satu buah kitab qira’at saja. Ada juga yang lebih daripada satu buah kitab. Ada yang bertalaqqi daripada beliau Qira’at Sab’ah (tujuh), Qiraat A’syarah (sepuluh) bahkan lebih daripada itu. Antara anak-anak didik beliau yang mengambil Qiraat Sepuluh ialah anak beliau sendiri Abu Bakr Ahmad bin Muhammad, Syeikh Mahmud bin al-Husain as-Syirazi, Syeikh Najibuddin Abdullah bin al-Husain al-Baihaqi, Syeikh Muhammad bin Ahmad bin al-Haim dan sebahagian besar murid-murid beliau yang lain.
Kegigihan Beliau
Kesungguhan beliau untuk mendalami ilmu qiraat ini ditunjukan dengan ketabahan beliau merantau keseluruh negeri Islam untuk belajar ilmu Qira’at dan mengajarkannya. Beliau telah bermusafir ke Mesir, Madinah, Basrah, Samarqand, Khurasan, Isfahan dan Syiraz. Ketika beliau singgah di `Anizah, Najd, Iraq beliau telah mengarang kitab ad-Durrah al-Mudhiah, kitab Qira’at Tiga untuk menyempurnakan Qira’at Tujuh oleh Imam as-Syatibi sehingga dikenali sebagai Qiraat Sepuluh Syughra.Ketika beliau berada di Madinah, setelah selesai beliau mengarang Tahbir at-Taisir, beliau mengarang satu kitab lagi yang cukup bermakna dalam dunia ilmu al-Qur’an dan al-Qira’at yaitu an-Nasyr Fi al-Qira’at al-`Asyr. Kitab ini merupakan kitab yang paling sempurna di antara sekian banyak kitab-kitab beliau dalam membahas ilmu tajwid dan qira’at. Kitab inilah yang menjadi manhaj tertinggi pengajian ilmu qira’at sejak zaman dulu hingga sekarang. Setelah itu, beliau telah mengarang sebuah kitab untuk merangkum (talkhish) kitab an-Nasyr ke dalam bentuk matan dengan nama Toyyibah an-Nasyr Fi al-Qira’at al-`Asyr. Kitab inilah yang telah Universitas al-Azhar tetapkan dalam manhaj pengajian qira’at di marhalah  (tingkatan) Takhassus (pengkhususan) Qira’at di ma’had-ma’had (institut) qira’at di seluruh Mesir. Di samping itu, semasa beliau berada di Madinah beliau telah mengarang beberapa kitab lain tentang qira’at dan lain-lain.
Ke’aliman Beliau Dalam Bidang-bidang Lain
Sebenarnya al-Imam Ibu Al-Jazari tidak hanya ‘alim (berilmu) dalam bidang qira’at saja, bahkan beliau sangat ‘alim dalam beberapa disiplin ilmu yang lain seperti tafsir, hadits, fiqh, usul fiqh, tauhid, tasauf, nahu, sorof, balaghah dan lain-lain lagi. Akan tetapi, di antara ilmu-ilmu yang disebutkan tadi ternyata beliau lebih ‘alim dalam bidang ilmu hadits. Al-Imam telah mempelajari ulum hadits ini dari guru-guru beliau seperti as-Syeikh Solahuddin bin Ibrahim bin Abdullah al-Muqaddisi al-Hanbali, al-Imam al-Mufassir al-Muhaddith al-Hafiz Abu al-Fida` Ismail bin Kathir, al-Imam Ibnu `Asakir, Zainuddin bin Abdul Rahim al-Isnawi dan beberapa guru beliau yang muktabar. Beliau mendalami ilmu ini baik dirayah (pengetahuan tentang hadits) maupun riwayah, sehingga beliau digelar al-Huffaz ath-Thiqat al-Athbat.Beliau berguru dengan al-Imam al-Isnawi dan al-Imam Ibnu Katsir sehingga beliau diberi izin oleh gurunya untuk memberi fatwa (menjawab pertanyaan ummat) dan pengajian pada tahun 774 Hijriah sedangkan pada ketika itu beliau baru berumur 24 tahun dan al-Imam Ibnu Katsir merupakan guru pertama yang memberi ijazah izin memberi fatwa kepada beliau. Beliau juga dii’tiraf (diberikan mandat) untuk memberi fatwa oleh as-Syeikh Dhiauddin pada tahun 778 Hijriah. Pada tahun 785 Hijriah, Syaikhul Islam al-Balqini juga melakukan hal yang sama.Beliau telah dilantik sebagai Masyikhah as-Solihiyyah (Ulama yg di-tua-kan) di Baitul Maqdis selama beberapa waktu. Beliau juga pernah dilantik sebagai qadhi (hakim) di Syam dan Syiraz. Ketika beliau di Syiraz, beliau telah membangun sebuah madrasah untuk mengajar ilmu qira’at yang diberi nama “Darul Qur’an”.
Wafat Beliau
Pada waktu dhuha hari Jum’at bertepatan dengan tanggal 5 Rabi`ul Awwal 833 Hijriah, beliau telah pulang mengadap Rabul `Izzati. Beliau telah dimakamkan di sekitar Darul Qur’an yang dibangun olehnya. Jenazah beliau diiringi oleh seluruh umat dari bebagai golongan dan lapisan. Ini memberi bukti bahwa beliau benar-benar disayangi umat.
Renungan Bersama
Sesungguhnya al-Imam Ibu Al-Jazari merupakan seorang yang ‘alim, soleh, wara` (loyal thd Islam), zuhud dan pemurah. Seluruh masa dan waktu beliau penuh dengan amal kebajikan dan taqarrub (mendekatkan diri kpd Allah). Senantiasa membaca al-Qur’an dan mendengarnya dari orang lain, tekun menuntut ilmu sehinga mampu mengarang. Beliau tidak pernah meninggalkan qiyamullail baik ketika beliau lapang atau dalam sempit. Senantiasa berpuasa pada hari Senin dan Kamis serta tiga hari dalam setiap bulan. Banyak karangannya yang bermanfaat menunjukkan tingginya kegigihan beliau dan hebatnya ilmu beliau dalam berbagai disiplin ilmu, apalagi dalam bidang ilmu al-Qur’an dan al-Qira’at yang diberi kelebihan oleh Allah S.W.T kepada beliau.  Semoga kita bisa meneladaninya dan Allah SWT merahmatinya. Allahumma amin.
Fatwa Ibnu Al-Jazari
وَاْلأَخْذُبِالتَّجْوِيْدِحَتْمٌ لَازِمٌ * مَنْ لَمْ يُجَوِّدِالْقُرْآنَ آثِمٌ * لِأَنَّهُ بِهِ الْإِ لَهُ أَنْزَلَا * وَهَكَذَا مِنْهُ إِلَيْنَاوَصَلَا
“Membaca  (Alqur’an)  dengan  tajwid  hukumnya  wajib,  barangsiapa  yang  membacanya dengan tidak bertajwid maka ia berdosa. Karena sesungguhnya Allah telah menurunkan Alquran dengan bertajwid dan demikianlah Alquran itu sampai kepada kita dari-Nya.”
Sumber: Abu Huzaifah (Edited to Indonesian)

Refrensi :
http://pustaka.abdissalam.com/index.php/imam-ibnu-al-jazari/

Lencana Facebook

Bagaimana Pendapat Anda Tentang Blog ini?

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

MOTTO

Kami tidak malu menerima saran & kritik anda...